Thursday, 20 September 2012

Masyaallah...! #PRKampus IIUM Jadi Kes Polis...Memalukan!


Taktik jahat pihak tertentu yang cuba menang pada pilihanraya kampus IIUM kali ini memakan diri apabila pihak STAAD akan membuat satu laporan polis pagi ini.

Ana tak pasti semua ni angkara siapa. Namun yang pasti, surat tersebut didedahkan bersama agenda kononnya mahu memburukkan Timbalan Rektor IIUM ni..

Ana dengar, surat tu didedahkan di Facebook Buletin IIUM yang kelihatan seperti dikendalikan oleh student yang menentang Kerajaan Malaysia. Mungkinkah mereka dari Pro-M atau WUFI yang menguasai kepimpinan pelajar selama ini?

Ana hairan. Pihak tersebut sering memberitahu bahawa mereka adalah pejuang Islam dan "unite for Islam". Tapi, dari apa yang mereka lakukan kali ini, nampaknya seperti "cakap tidak serupa bikin"...

Ana tak mahu la tuduh lebih-lebih. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan. Ana pasti, dalang surat tersebut akan "terhempas jua ke bumi"...

Mungkin pilihanraya kampus kali ini akan menjadikan IIUM popular. Tapi malangnya, IIUM kali ini akan popular disebabkan oleh tindakan buruk raka-rakan kami yang gila kuasa.

Entah la...Ana tak mahu campur kes ni. Ana mahasiswa. Ana tak fanatik politik. Tapi ana akan keluar mengundi kali ni seperti biasa. Cuma kali ni jangan harap ana akan beri undi pada "pihak itu" lagi...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment