Monday 24 September 2012

BONGKAR CALON WUFI DI IIUM...PRO-PAS!

Ni Anas namanya..terang-terang calon WUFI ni sokong PAS

Bukti Anas sokong PAS...

Sokong PAS ke Anas? Tunjuk ibu jari naik atas...

Anas ajak mahasiswa huru-harakan IIUM..ada lambang WUFI pulak tu!
Ni pulak namaya Hafisss...calon WUFI nihhh...

Hafis pun sokong Pro-M...Pro-Menipu...

Hafis sokong Bersih? Huru harakan masa depan mahasiswa?

Seronok betul Hafis sokong Bersih...WUFI kat IIUM...
Ni pulak dari FB calon "fofular" IIUM...Hamidi...

Kat IIUM pun ada Pro-M ke brother?

Baik punya posing dengan Nizar...dah tentu PAS "totok"...kan?
Ariff..pun calon WUFI jugak..

Ashikin pun WUFI...

Azlan pun WUFI...

Video Yang Akan Buat WUFI Marah...



Ana jumpa video ni di Youtube semalam. Kalau WUFI tengok video ni mesti diorang melenting marah. 

Tapi kalau takde angin, takkan pokok bergoyang, kan? Kalau tak betul perkara ni, takkan la ada pihak yang mendakwa begitu, kan?

So, fikir-fikirkanlah...

Sunday 23 September 2012

IIUM Online Subahat Promote Calon WUFI Di Wall FB?


Dengar pada nama, memang sedap nama WUFI ni. "We Unite For Islam", sejuk je dengar, kan? Ana dulu masa 1st time dengar nama WUFI ni memang terpikat. Terpikat pada namanya...

Tapi, bila kenal betul-betul dengan WUFI, pada ana ia hanya indah pada zahirnya. Tak payah tanyalah apa benda yang diorang dah buat. Tapi sebab ana tahu macam-macam dalam WUFI tu, maka ana mufaraqahkan diri dari diorang...

Basically, ana tahu agenda dan dalang sebenar di sebalik WUFI. Tapi tak payah beritahu la. Cukuplah ana beritahu dibelakangnya ada sebuah parti politik peringkat nasional yang menyuntik dana dan WUFI dah termakan budi dengan mereka sejak lama...

Bila dah termakan budi, maka tergadailah "body"...

Sekarang ni tengah hangat berkempen pilihanraya kampus. Maka ketika inilah "auta" WUFI banyak terzahir. Antara antum semua perasan atau tidak, cuba perhatikan betul-betul...

IIUM Online tu penuh dengan WUFI. Dah tentu diorang akan naikkan poster calon diorang kat wall FB tu, kan? Tapi bila tanya, diorang takkan mengaku itu calon WUFI. Telus ke macam tu?

Contohnya Hamidi. Dia tu dah tentu terang-terang aktif dalam WUFI. Antara orang kuat WUFI la, kan? Dan kali ni dia jadi calon. Maka dah tentu la WUFI promote Hamidi sehebat-hebatnya...kan?

Manakala calon lain, walaupun famous kat IIUM ni, diorang tak promote pun kat wall. Kalau diorang promote pun, promotion tu akan back fire calon tu balik...contohnya Islah...

IIUM Online mulanya masukkan gambar kempen Islah yang agak "daring" kat wall diorang. Mungkin diorang harap poster tu akan dikutuk. Malangnya, ramai pulak yang puji...

Lepas tu, Dr. Fauziah masuk kutuk gambar Islah Nasreen tu. Teruk dia kena. Tapi lepas tu, ramai pulak yang sokong Islah sampai diorang terpaksa buang gambar Islah tu dari wall. Sampai macam tu sekali WUFI buat demi politik kampus? Ukhuwah la sangat tuuu...

Saturday 22 September 2012

Tragedi Kepala Khinzir Berulang Di IIUM?

Ana tak bawak kamera tadi..ana gambar ni dari fb IIUM Online
Tengah panas berkempen pilihanraya kampus, semalam ana buka facebook IIUM Online yang dah lama ana tak jenguk. Meriah betul ana tengok walaupun baru sekarang "hidup" selepas tinggal nyawa-nyawa ikan pada February lalu...

Rupanya tengah kecoh pasal banner WUFI yang digantung kat pagar. Ana ada tengok sekali imbas tadi. Nothing interesting pun. Poster kempen, biasa la kan. Tapi, dari segi lenggok bahasa, memang banner tu akan memberi tanggapan buruk terhadap WUFI...


Kenyataan WUFI di IIUM Online. Kenapa IIUM Online tak siarkan kenyataan/manifesto calon selain calon WUFI?

Di wall facebook IIUM Online, WUFI kata poster tu bukan diorang punya. Diorang nafikan diorang yang gantung poster tu. Betul ke penafian WUFI ni?

Lepas tu, WUFI nafikan jugak tentang flyers yang bertaburan tengahari tadi. Ana ada tengok flyers tu, tapi anak buang dalam tong sampah saja. Baca sikit pun dah meluat... Isu flyers ni pun WUFI nafikan bertanggungjawab. Habis tu siapa yang buat?

Lagi penafian WUFI. Kenapa IIUM Online beri keistimewaan kepada WUFI?
Bukan apa...sekarang ni dah macam-macam taktik kempen. Tambahan pulak kalau pihak berkempen tu membabitkan pengaruh dari parti politik luar, kan?

Bukan la ana nak pertikai penafian WUFI tu. Tapi...

Pertamanya, WUFI yang pertama melenting pasal isu ni. Dia yang pertama keluarkan isu ni dan kenapa dia dapat tahu dulu? Kalau nak diikutkan time frame, pagi-pagi lagi WUFI yang dipercayai pemilik IIUM Online dah muat naik gambar banner tu kat FB...cepat betul! Mana diorang tahu ada banner tu?

Kedua, sekarang ni dah banyak kes kita dengar orang tu sabotaj diri sendiri untuk tarik simpati. Banyak kali dah ana tengok perkara tu berlaku. Pihak tu senyap-senyap serang diri sendiri di khalayak ramai, lepas tu nafikan. Dan secara automatik khalayak ramai akan tuduh musuh politik diorang...

So sekarang ni siapa yang buat banner tu? Calon pro-bebas? Calon Islah? Siapa yang buat? Ana tak pasti, tapi rasanya sesiapa pun takkan mengaku kalau dia buang air besar tengah jalan, kan?

Ana tengok, booth-booth calon bebas memang warna-warni. Colourful! Tapi booth calon-calon WUFI hanya pakai black&white. Mungkin WUFI nak tunjuk mereka marhain dan takde fund. Padahal semua orang tahu diorang dapat fund dari luar, kan? Tapi takkan WUFI nak mengaku, kot?

Ana berpendapat, semua ni mainan politik pihak yang memegang tampuk MPP dalam IIUM ni. Diorang memang hebat berpolitik. Bercakap memang dapat A++. Tapi dalam hal buat kerja, diorang arahkan saja kawan-kawan, diorang duduk tengok saja..kan?

Apapun, ana fikir IIUM perlu kembali kepada politik matang. Politik diluar tu dah kotor dan tak payah la dibawa masuk ke dalam IIUM ni. Kita perlu bebaskan minda dari kongkongan politik nasional. Kita perlu holistik dalam perjuangan...

Berbalik kepada banner tu, siapa yang buat? Bukan nak tuduh, tapi ana rasa banner tu dibuat oleh pihak yang paling miskin dalam IIUM ni. Fund diorang tu digunakan untuk sabotaj diri sendiri...

Dah berlaku dah kat UM sebelum ni, kan? Diri sendiri lempar kepala khinzir dan bendera PAS dalam surau di UM, lepas tu tuduh pihak lain sabotaj? Kat IIUM tak mustahil jadi begitu, kan?

Friday 21 September 2012

Betul Ke Hanya WUFI Saja Layak Memimpin IIUM?

Semalam, sedang ana mentela'ah pelajaran di bilik, datang la seorang sahabat dari fakulti ana. Katanya saja datang untuk berziarah dan bertanya khabar...

Hairan juga hati ana. Kawan ana ni tak pernah datang ke bilik ana walaupun kami sekuliah hampir 3 tahun. Tiba-tiba saja ke bilik ana. Apa mahunya? Tak apalah...ana bersangka baik sajalah...

Membuka bicara, kawan ana ni datang sebenarnya nak ajak ana sama-sama turun mengundi pada pilihanraya kampus IIUM. Dalam masa yang sama, dia ada promote seseorang pada ana untuk ana pangkah pada 25hb ni...

Ana tutup buka kejap dan beri fokus pada kempennya. Dalam hati, ana ni bukan berkenan sangat dalam bab-bab politik ni. Bab Islam ana minat la, especially bab sejarah Islam. Ana suka! Tapi dah dia tu tetamu, ana layan je la...

Rupanya, dia penyokong kuat WUFI. Katanya, hanya WUFI saja yang layak memimpin di IIUM dan pihak lain selain WUFI tak layak jadi pemimpin kami. Ana hanya mengangguk saja. Dalam hati, ana malas nak layan sebenarnya...

Lepas habis berkempen, dia minta diri nak balik. Tapi sebelum balik, dia ada minta ana undi calon WUFI. Katanya ada dua orang calon WUFI yang bertanding di Fakulti kitorang. Ana angguk saja dan lepas tu dia keluar dari bilik ana...

Tiba-tiba dia pusing balik! Sudahhh..apahal pulak? Rupanya dia ajak ana ikut dia berkempen untuk WUFI esok. Ana hanya mengangguk dan memaklumkan ana ada hal untuk diuruskan esok. Tapi dia masih mengharap dan ana balas..insyaallah...

Dalam hati ana, ana terfikir, betul ke hanya WUFI saja yang layak pimpin student IIUM ni? Betul ke diorang ni buat kerja cara Islam? Bukan nak mengumpat, tapi realitinya sepanjang 3 tahun ana di sini, WUFI hanya pandai bercakap saja, tapi banyak kerja yang dijanjikan tak dilaksana...

Habis tu macam mana ana nak undi WUFI? Nantilah ana fikirkan dulu, boleh? Rasanya mungkin ada orang lain yang lebih layak untuk diberi mandat...

Thursday 20 September 2012

NAMA IIUM TERCEMAR KERANA ORANG GILA POLITIK DI KAMPUS...


Ana dah cakap dah sebelum ni. Kan betul apa yang ana cakap. Semua tipu helah mahasiswa keluar masa pilihanraya kampus IIUM kali ni. 

Dulu tak dengar pun cerita-cerita macam ni. Paling teruk pun ada la sikit salah faham antara kalangan kawan-kawan. Tapi sekarang ni sampai jadi kes polis. Fitnah PM, Deputy Rektor dan pakai letterhead pertubuhan luar pulak tu!

Berani sungguh! Agak-agak siapa la punya angkara ni ye? Budaya ni datang dari luar ni. Ana percaya budaya ni masuk since tahun lepas. Anta cuba teka siapa dalangnya...

 
GOMBAK - Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tercemar dengan insiden memalukan apabila muncul sepucuk surat palsu yang dipercayai bertujuan untuk menyerang pentadbiran universiti tersebut semalam. 
Ekoran dari "perang" politik kampus tidak bermoral itu, beberapa kakitangan pentadbiran UIAM telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Gombak pada sekitar jam 10 pagi tadi bagi menyiasat dalan di sebalik fitnah yang cuba memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi tersebut. 
Ketua Balai Polis Gombak mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat mengenai surat tersebut. 
Surat berkenaan yang menggunakan kepala surat UMNO itu ditujukan kepada Rektor UIAM, Datuk Prof. Dr. Zaleha Kamarudin dan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Isi kandungan surat palsu itu antaranya mendakwa kononnya terdapat campur tangan dari Perdana Menteri bagi mengatur jawatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM,  Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam, yang dipercayai mempunyai tujuan tidak baik. 
Menurut salinan laporan polis yang dibuat, beberapa kakitangan HEP meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu itu memandangkan ia berkait rapat dengan unsur pemalsuan, fitnah dan tidak beretika. 
Para mahasiswa mula berkempen sejak petang semalam sejurus selepas pihak pentadbiran UIAM mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding di Dewan Bankuet, Bangunan Rektor.

Pilihanraya Kampus IIUM Jadi Tumpuan Polis Sebab Siapa?


Ingat tak pagi tadi ana ada sebut pasal insiden tentang pilihanraya kampus yang jadi kes polis? Ni la surat yang ana maksudkan tu. Kalau ikut kawan-kawan ana, surat ni confirmed surat palsu yang direka-reka pihak tertentu.

Kalau betul la begitu, buruk la nama IIUM. Dah la jadi kes polis, kes tipu pasal nak menang pilihanraya IIUM pulak tu. Nak menang tu buat la cara yang elok...lebih tepat ialah dengan mengikut cara Islam. Bukan dengan fitnah orang sana sini...

Hairan betul gelagat orang "gila kuasa" ni. Time pilihanraya baru tunjuk muka sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Mintak kitorang undi dia...

Padahal, kalau bukan musim pilihanraya kampus...dia lalu sebelah kita pun tak pandang. Kita senyum kat dia pun dia buat tak tahu...

Macam tu ke sikap seorang calon yang membawa slogan "we unite for Islam"? Atau slogan tu hanyalah kata-kata manis sahaja sedangkan perlaksanaannya jauh panggang dari api...

Back to the fake letter. Ni siapa punya kerja ni?

Dah la tuduh Timbalan Rektor HEP yang bukan-bukan, dibabitkan pulak dengan PM. Logik ke PM atur jawatan Deputy Rector kat IIUM ni? Lebih pelik lagi, pihak tu pakai letter head UMNO. Tak pelik ke Presiden UMNO tentukan jawatan kat dalam IIUM ni?

Ana rasa, PM tu busy orangnya dan tak mungkin dia sempat nak atur jawatan tu. Banyak lagi kerja yang lebih penting untuk PM uruskan...kalau nak buat fitnah tu pun biar la logik sikit...