Thursday, 20 September 2012

NAMA IIUM TERCEMAR KERANA ORANG GILA POLITIK DI KAMPUS...


Ana dah cakap dah sebelum ni. Kan betul apa yang ana cakap. Semua tipu helah mahasiswa keluar masa pilihanraya kampus IIUM kali ni. 

Dulu tak dengar pun cerita-cerita macam ni. Paling teruk pun ada la sikit salah faham antara kalangan kawan-kawan. Tapi sekarang ni sampai jadi kes polis. Fitnah PM, Deputy Rektor dan pakai letterhead pertubuhan luar pulak tu!

Berani sungguh! Agak-agak siapa la punya angkara ni ye? Budaya ni datang dari luar ni. Ana percaya budaya ni masuk since tahun lepas. Anta cuba teka siapa dalangnya...

 
GOMBAK - Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tercemar dengan insiden memalukan apabila muncul sepucuk surat palsu yang dipercayai bertujuan untuk menyerang pentadbiran universiti tersebut semalam. 
Ekoran dari "perang" politik kampus tidak bermoral itu, beberapa kakitangan pentadbiran UIAM telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Gombak pada sekitar jam 10 pagi tadi bagi menyiasat dalan di sebalik fitnah yang cuba memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi tersebut. 
Ketua Balai Polis Gombak mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat mengenai surat tersebut. 
Surat berkenaan yang menggunakan kepala surat UMNO itu ditujukan kepada Rektor UIAM, Datuk Prof. Dr. Zaleha Kamarudin dan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Isi kandungan surat palsu itu antaranya mendakwa kononnya terdapat campur tangan dari Perdana Menteri bagi mengatur jawatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM,  Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam, yang dipercayai mempunyai tujuan tidak baik. 
Menurut salinan laporan polis yang dibuat, beberapa kakitangan HEP meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu itu memandangkan ia berkait rapat dengan unsur pemalsuan, fitnah dan tidak beretika. 
Para mahasiswa mula berkempen sejak petang semalam sejurus selepas pihak pentadbiran UIAM mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding di Dewan Bankuet, Bangunan Rektor.

No comments:

Post a Comment