Saturday, 22 September 2012

Tragedi Kepala Khinzir Berulang Di IIUM?

Ana tak bawak kamera tadi..ana gambar ni dari fb IIUM Online
Tengah panas berkempen pilihanraya kampus, semalam ana buka facebook IIUM Online yang dah lama ana tak jenguk. Meriah betul ana tengok walaupun baru sekarang "hidup" selepas tinggal nyawa-nyawa ikan pada February lalu...

Rupanya tengah kecoh pasal banner WUFI yang digantung kat pagar. Ana ada tengok sekali imbas tadi. Nothing interesting pun. Poster kempen, biasa la kan. Tapi, dari segi lenggok bahasa, memang banner tu akan memberi tanggapan buruk terhadap WUFI...


Kenyataan WUFI di IIUM Online. Kenapa IIUM Online tak siarkan kenyataan/manifesto calon selain calon WUFI?

Di wall facebook IIUM Online, WUFI kata poster tu bukan diorang punya. Diorang nafikan diorang yang gantung poster tu. Betul ke penafian WUFI ni?

Lepas tu, WUFI nafikan jugak tentang flyers yang bertaburan tengahari tadi. Ana ada tengok flyers tu, tapi anak buang dalam tong sampah saja. Baca sikit pun dah meluat... Isu flyers ni pun WUFI nafikan bertanggungjawab. Habis tu siapa yang buat?

Lagi penafian WUFI. Kenapa IIUM Online beri keistimewaan kepada WUFI?
Bukan apa...sekarang ni dah macam-macam taktik kempen. Tambahan pulak kalau pihak berkempen tu membabitkan pengaruh dari parti politik luar, kan?

Bukan la ana nak pertikai penafian WUFI tu. Tapi...

Pertamanya, WUFI yang pertama melenting pasal isu ni. Dia yang pertama keluarkan isu ni dan kenapa dia dapat tahu dulu? Kalau nak diikutkan time frame, pagi-pagi lagi WUFI yang dipercayai pemilik IIUM Online dah muat naik gambar banner tu kat FB...cepat betul! Mana diorang tahu ada banner tu?

Kedua, sekarang ni dah banyak kes kita dengar orang tu sabotaj diri sendiri untuk tarik simpati. Banyak kali dah ana tengok perkara tu berlaku. Pihak tu senyap-senyap serang diri sendiri di khalayak ramai, lepas tu nafikan. Dan secara automatik khalayak ramai akan tuduh musuh politik diorang...

So sekarang ni siapa yang buat banner tu? Calon pro-bebas? Calon Islah? Siapa yang buat? Ana tak pasti, tapi rasanya sesiapa pun takkan mengaku kalau dia buang air besar tengah jalan, kan?

Ana tengok, booth-booth calon bebas memang warna-warni. Colourful! Tapi booth calon-calon WUFI hanya pakai black&white. Mungkin WUFI nak tunjuk mereka marhain dan takde fund. Padahal semua orang tahu diorang dapat fund dari luar, kan? Tapi takkan WUFI nak mengaku, kot?

Ana berpendapat, semua ni mainan politik pihak yang memegang tampuk MPP dalam IIUM ni. Diorang memang hebat berpolitik. Bercakap memang dapat A++. Tapi dalam hal buat kerja, diorang arahkan saja kawan-kawan, diorang duduk tengok saja..kan?

Apapun, ana fikir IIUM perlu kembali kepada politik matang. Politik diluar tu dah kotor dan tak payah la dibawa masuk ke dalam IIUM ni. Kita perlu bebaskan minda dari kongkongan politik nasional. Kita perlu holistik dalam perjuangan...

Berbalik kepada banner tu, siapa yang buat? Bukan nak tuduh, tapi ana rasa banner tu dibuat oleh pihak yang paling miskin dalam IIUM ni. Fund diorang tu digunakan untuk sabotaj diri sendiri...

Dah berlaku dah kat UM sebelum ni, kan? Diri sendiri lempar kepala khinzir dan bendera PAS dalam surau di UM, lepas tu tuduh pihak lain sabotaj? Kat IIUM tak mustahil jadi begitu, kan?

No comments:

Post a Comment