Showing posts with label Budaya Buruk Siswa. Show all posts
Showing posts with label Budaya Buruk Siswa. Show all posts

Thursday, 20 September 2012

NAMA IIUM TERCEMAR KERANA ORANG GILA POLITIK DI KAMPUS...


Ana dah cakap dah sebelum ni. Kan betul apa yang ana cakap. Semua tipu helah mahasiswa keluar masa pilihanraya kampus IIUM kali ni. 

Dulu tak dengar pun cerita-cerita macam ni. Paling teruk pun ada la sikit salah faham antara kalangan kawan-kawan. Tapi sekarang ni sampai jadi kes polis. Fitnah PM, Deputy Rektor dan pakai letterhead pertubuhan luar pulak tu!

Berani sungguh! Agak-agak siapa la punya angkara ni ye? Budaya ni datang dari luar ni. Ana percaya budaya ni masuk since tahun lepas. Anta cuba teka siapa dalangnya...

 
GOMBAK - Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tercemar dengan insiden memalukan apabila muncul sepucuk surat palsu yang dipercayai bertujuan untuk menyerang pentadbiran universiti tersebut semalam. 
Ekoran dari "perang" politik kampus tidak bermoral itu, beberapa kakitangan pentadbiran UIAM telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Gombak pada sekitar jam 10 pagi tadi bagi menyiasat dalan di sebalik fitnah yang cuba memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi tersebut. 
Ketua Balai Polis Gombak mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat mengenai surat tersebut. 
Surat berkenaan yang menggunakan kepala surat UMNO itu ditujukan kepada Rektor UIAM, Datuk Prof. Dr. Zaleha Kamarudin dan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Isi kandungan surat palsu itu antaranya mendakwa kononnya terdapat campur tangan dari Perdana Menteri bagi mengatur jawatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM,  Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam, yang dipercayai mempunyai tujuan tidak baik. 
Menurut salinan laporan polis yang dibuat, beberapa kakitangan HEP meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu itu memandangkan ia berkait rapat dengan unsur pemalsuan, fitnah dan tidak beretika. 
Para mahasiswa mula berkempen sejak petang semalam sejurus selepas pihak pentadbiran UIAM mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding di Dewan Bankuet, Bangunan Rektor.

Pilihanraya Kampus IIUM Jadi Tumpuan Polis Sebab Siapa?


Ingat tak pagi tadi ana ada sebut pasal insiden tentang pilihanraya kampus yang jadi kes polis? Ni la surat yang ana maksudkan tu. Kalau ikut kawan-kawan ana, surat ni confirmed surat palsu yang direka-reka pihak tertentu.

Kalau betul la begitu, buruk la nama IIUM. Dah la jadi kes polis, kes tipu pasal nak menang pilihanraya IIUM pulak tu. Nak menang tu buat la cara yang elok...lebih tepat ialah dengan mengikut cara Islam. Bukan dengan fitnah orang sana sini...

Hairan betul gelagat orang "gila kuasa" ni. Time pilihanraya baru tunjuk muka sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Mintak kitorang undi dia...

Padahal, kalau bukan musim pilihanraya kampus...dia lalu sebelah kita pun tak pandang. Kita senyum kat dia pun dia buat tak tahu...

Macam tu ke sikap seorang calon yang membawa slogan "we unite for Islam"? Atau slogan tu hanyalah kata-kata manis sahaja sedangkan perlaksanaannya jauh panggang dari api...

Back to the fake letter. Ni siapa punya kerja ni?

Dah la tuduh Timbalan Rektor HEP yang bukan-bukan, dibabitkan pulak dengan PM. Logik ke PM atur jawatan Deputy Rector kat IIUM ni? Lebih pelik lagi, pihak tu pakai letter head UMNO. Tak pelik ke Presiden UMNO tentukan jawatan kat dalam IIUM ni?

Ana rasa, PM tu busy orangnya dan tak mungkin dia sempat nak atur jawatan tu. Banyak lagi kerja yang lebih penting untuk PM uruskan...kalau nak buat fitnah tu pun biar la logik sikit...

Ada Calon Siswa Diugut Tarik Diri Pihak Tertentu? Astaghfirullahil 'Azimmm...

Ana taknak budaya buruk laku ni menular di IIUM...sorry..
Tadi, ana ada jumpa dengan salah seorang calon yang bakal bertanding pilihanraya kampus IIUM penggal ni. Bersemangat betul dia. Ana tegur dia, dia senyum sampai ke telinga...

Ana ada sembang sikit dengan dia di tepi tangga kat bangunan Rektor tadi. Rupanya dia ada kisah di sebalik senyumannya tu...

Kata X, dia dan rakan-rakannya telah dihubungi oleh wakil pihak lawan seminggu dua sebelum ini. Diorang mintak dia tak teruskan niat untuk jadi calon pada pilihanraya kampus. 

Alasannya, calon mereka mampu menggalas tugas memimpin mahasiswa dan terbukti beberapa penggal sebelum ini. Lagipun, mereka dakwa kawan ana ni akan kalah kalau jadi calon memandangkan calon mereka tu kuat!

Dari cerita kawan ana tu, ana dapat agak siapa yang dia maksudkan. "Pihak tu" le...yang menang dah berapaa penggal tu. Penggal lepas pun diorang menang majoriti. Antum semua boleh agak, kan?

Betul ke diorang ada bukti diorang buat kerja untuk mahasiswa IIUM? Biar betul! Setahu ana, sepanjang 3 tahun ana di sini, semuanya sama saja, tiada perbezaan pun. Malah ada kalanya kebajikan kami tak dihirau pun...

Sebagai pemimpin, seseorang tu menyerahkan dirinya untuk memberikan khidmat kepada golongan yang diwakilinya. Dalam konteks ini, perwakilan pelajar yang menang pilihanraya diiktiraf sebagai pemimpin itu dan besar tanggungjawabnya, kan?

Masalahnya, kebajikan yang ada sekarang ni tak bertambah baik pun untuk kami. Dah 3 tahun ana di sini, takde kemajuan pun. Mundur ke belakang tu ada la...

Memang betul kata kawan ana tu, diorang memang kuat. Tapi kuat bercakap je. Siang malam bercakap je dalam kempen diorang. Macam-macam diorang janji, tapi apa pun takde...

Paling best, diorang suruh kawan-kawan anak tu tarik diri dari jadi calon? Mana boleh! Tak demokrasi la kalau macam tu punya cara. Nak senang menang tanpa bertanding? Macam tu ke demokrasi yang diorang tuntut kat jalanraya kat tengah-tengah KL tu? Demokrasi apa jenis begitu?

Lepas tu, kawan ana tu cakap, ada kawan dia kena ugut untuk tarik diri. Sampai mak bapak dia pun diorang call kacau dan mintak parents dia suruh anak diorang tarik diri. Berat ni! Apa sampai ke tahap call parents suruh calon tarik diri ni? Macam ni ke politik sihat cara Islam?

Tapi itu la yang kawan ana tu cerita. Dia taknak tarik diri sebab dia tak takut ugutan tu. Katanya dia serah pada Allah SWT. Dia cuma offer diri untuk bantu kawan-kawan di fakulti. Kalau ramai nak khidmat dia, dia akan berkhidmat sebaik mungkin...

Bila ana tanya dia, dia bertanding atas tiket pihak mana? Rakan ana tu jawab, dia bertanding atas tiket bebas! Bebas dari sebarang parti politik luar...itu katanya tadi. Macamana? Boleh ke kita undi kawan ana tu?